pada semua blogger-blogger yang join gathering blogger tegar..sila email aku di sham_orochimaru@yahoo.com untuk mendapatkan code html "banner blogger tegar" untuk diletakkan di blog anda sebagai tanda anda ahli blogger tegar.

pada semua blogger yang da join forum blogger tegar jugak boleh email aku untuk dapatkan code html tersebut.

Rabu, 2010 Februari 10

Boss aku memang terbaik....

aku sangat ngantuk sekarang ni.masih belum tido dari semalam.siapkan keje yang bos aku kasi jam 4 petang sebelum nak balik.da nak dekat2 balik time tu.so nak buat kt ofis memang malas la kan sb otak aku da ingat umah da pun.so aku cadang nak buat kat umah je.

bos mintak aku siapkan 7 SOP dan buat perubahan kat SOP yang aku buat jumaat lepas.maknanya ada 8 SOP aku kena siapkan.bos cakap dia nak guna pagi ni jugak.sebelum masuk meeting jam 9.

so aku bertungkus-lumus la buat nak siapkan.dan benda tu siap jam 6.30pagi tadi.aku terus mandi pastu bersiap g ofis.ngantuk beb.tapi aku gagahkan jugak.

sekarang ni pun kepala aku da berpusing-pusing.pening + ngantuk + mata da berpinar.

balik semula pada citer aku tadi.jam 8 lebih camtu bos aku kol PA dia.kendian dia suh PA dia sampaikan pesan kat aku supaya get ready ngan SOP tu.dengan penuh rasa tanggungjawab aku bukak balik dan check kot2 ada salah ejaan ke.

jam 9 camtu bos aku sampai.so dia naik ke bilik meeting dan aku ikut sb nak pasangkan laptop tuk dia.otw ke bilik meeting aku tanya bos aku samada perlu ke aku masukkan folder SOP dari pendrive aku yang kaler pink ni ke dalam laptop dia.dia cakap tak perlu.so aku tanya dia balik.

"bos nak guna SOP tu pagi ni kan.?"

"eh,no la..saya mau guna petang nanti.u bagi saya petang nanti.tak payah kelam-kabut sangat."

aku diam...............................

best kan bos aku.???

memang terbaik la........

Selasa, 2010 Februari 09

SILA SAHUT KALAU INGIN LIHAT 'MEREKA'

ahad petang yang lepas aku lepak bersama encik orga dan teman wanitanya,cik nadia.dia ceritakan satu hal yang sangat menarik perhatian aku.ianya berkenaan keluarga nadia yang beberapa kali terserempak dengan 'mereka' dikawasan yang sama tepat jam 7 malam.
ni bermakna boleh dikatakan 'mereka' akan muncul pada setiap jam 7 malam.menarik.!!!!
so encik orga da cadangkan supaya geng2 wiratunggallegacy berkumpul untuk tengok benda ni.dan encik orga da mintak aku untuk invite geng2 blogger supaya join aktiviti ni.
kami namakan aktiviti ni sebagai "GHOST SIGHT SEEING GATH"
ianya untuk mereka yang berani sahaja..dan aku tidak berjanji kita akan dapat tengok 'mereka' pada ketika kita berada di tempat tersebut..
ada siapa2 mahu ikut..?

Isnin, 2010 Februari 08

kebiasaan yang tak aku biasa..~~

hari ni aku g kL..macam biasa area sungai wang jadi pilihan.dan macam biasa aku masuk kedai komik yang memang menjadi kebiasaan aku untuk singgah kalau turun kL..maklumla,da terbiasa.

cuma kali ni aku agak pelik.ada satu hal,aku lari dari kebiasaan yang biasa aku buat.sebelum2 ni aku xkan buat hal macam ni.kecuali kali ni.

aku keluar dari kedai komik kesayangan tu tanpa beli apa2 komik.!!!!
dan lebih pelik dari kebiasaan aku,aku balik dari lepak di kL hari ni tak beli apa2 komik.!!!!

hurm,harap2 tidak akan ada sebarang kejadian pelik berlaku.sebab hari ni aku tak buat kebiasaan yang biasanya aku akan buat.

Ahad, 2010 Februari 07

janji dan trip ke penang vol 2...(malas)

agak serba salah sekarang..bila suka sgt berjanji.
janji tu...
janji ni...

haaa....biar padan muka sendiri.

sekarang ni rasa macam "yang dikejar tak dapat,dan yang dikendong berciciran"....
tapi tak tau siapa atau apa yang dikejar dan siapa atau apa yang dikendong..

bak kata ukays ; disana menanti disini menunggu..

bak kata aku; sape tunggu sape ni.?hahaha

penat....

oh,trip ke penang.?sumenya berjalan lancar..terima kasih tuk shazrul dan hazri yang belanja makan nasi kandar dan char kuey teow..sgt best.lagi nak tau pasal trip ke penang sila la bukak blog yang lagi 3 orang tu..tp tunggu dorang update dulu la.aku malas dan xde mood nak tulis pasal penang.

nak g kl jap lg..ada sape2 mau ikut.?

Jumaat, 2010 Februari 05

Trip ke Penang Vol 1.. <------saje tiru tajuk fhad..hahaha

ces...3 orang tersebut da update pasal pegi penang..mcm mana aku blh terlambat update..

12.00 pm..

"bos,hari ni saya halfday..nak g penang." <---aku

"ok..xde hal,nanti i suruh sape2 punch card untuk u"<----bos

................

"can u wait for a while.?nak mintak tolong u design SOP ni dulu.lepas tu i anta u balik"<----bos

sebab nak balas budi bos aku yang selalu bagi aku balik awal kalau aku nak dan aku selalu jadikan bilik dia sebagai tempat tido so aku ok kan je.

"u jangan risau,jam 12.30 nanti i anta u balik"<---bos

"ok.."<---aku (sambil senyum)

12.30...belum siap SOP tu

1.00...belum siap jugak lagi..

makin banyak pulak dia suruh aku ubah..

2.00..masih belum siap jugak...

aku yang mulanya tadi senyum je mula menampakkan ciri2 tensen.jam 3 dia masih lagi suh aku ubah.padahal aku cuma buat ikut apa yang dia tulis.

ok,xpe..aku kan penyabar..

jam 4.30 baru la sume selesai..lagi setengah jam kul 5..hasrat aku nak halfday tadi tak tercapai..ces..wak lu btl la..

aku ngan bos aku keluar ofis jam 4.30..dia anta aku balik..

ok,jap g bertolak g penang...dengan 3 orang tersebut.?ada hal nak diuruskan disana..

sape 3 org tersebut.?

ian

fhad

aleen

tahniah tuk aneem sempena konvo dia esok..maaf x dpt dtg...pagi tadi dia mesej suruh dtg..tp da janji ngan ian nk g penang..dan aku tau dia faham yang aku seorang yang berpegang pada janji..aku lebih dulu janji ngan ian.

Khamis, 2010 Februari 04

dari aku sebelum pejam mata

ohh..hari ni aku rasa nak tido awal..jap lagi nak tido.tp sebelum tido aku da buat beberapa hal..

aku da sms aneem..
aku da sms cc suruh jaga diri..
aku da sms siv..
aku da sms venom x..

aku nak sms ian,tp fikir mesti dia penat melayan rakan2 wanitanya.lagi pun aku rasa sms aku x semahal sms dari mereka2 yang selalu sms beliau.

aku nak sms fhad,tp fikir balik mesti dia xkan dpt mesej aku pasal hp dia off..so aku malas ggu dia.

aku nk sms jen,tp fikir dia bz ngan study n projek2 dia.so xnk ggu.

aku nak sms oranglidi,tp fikir balik mungkin dia bz ngan bisnes2 dia.kan dia ada bgtau nak buat bisnes ternak kambing.

aku nak sms razman,tp mest dia tgh bergayut ngan azza.dan begitulah sebaliknya,nak sms azza mesti dia bergayut ngan razman.

aku nak sms lumut,tp aku xtau mcm mana dan apa no dia kt oversea nun.

aku nak sms aleen,sekut tawar,wanie-san tp aku check balik dlm hp aku xde no dorang..

aku nak sms jalak ngan beskut,tp nant disalah sangka aku gay pulak.

aku nak sms mofasad,tp rasa mcm dia keje esok so tak nak la aku kacau dia.

aku nak sms sume blogger yang rajin komen blog aku,tp aku xde no dorang sume.

aku nak sms korang sume sebelum aku tido..

ohh,aku jugak da kol dia..

so sebelum tido aku cuma doakan yang terbaik je untuk sume kawan2 aku.samada blogger,wiratunggallegacy atau sape2 yang kenal aku.

selamat malam.semoga mimpi yang indah2.

ohh,xpe..kita kan kawan.!!!

takut aku da tak bangun esok pagi~~

Menanti Pagi

4.06 pagi..
aku masih belum tido.
baru nak tido..
hurm..harap2 bangun la nanti..