Selasa, 3 Mei 2011

Abe

aku cukup rasa terkilan sebab tak dapat singgah langsung untuk ke pesta buku baru-baru ni..tujuan utama aku cuma nk ke gerai MOY..sb nak cari balik koleksi Bersama-Selamanya karya Gayour..dalam hati aku langsung xde atau terlintas pasal nk cari buku ABE..satu siri yang pada aku setaraf dengan Aku Budak Minang karya Ujang..




ABE merupakan karya Ujang dan Aie yang memang gila gempak,gila sedih,gila dramatik dan gila emosi..

ahad lepas masa lepak ngan wong ah ian,dia ada ckp yg kawan dia ada g pesta buku kt PWTC dan ada beli buku ABE tu..serius aku terkejut pasal aku betul2 x sangka MOY akan keluarkan kompilasi siri ABE tu..



tadi aku kol MOY Publications..tanya betul ke siri ABE ada jual kt pesta buku dan dia mengiyakan soalan aku tu..demn..!! sangat tak sangka..dan katanya lagi ini adalah kali pertama siri ABE tu dijual kt pesta buku..




pastu aku tanya balik cmne nk dapatkan buku tu..samada boleh tak aku ke ofis MOY dan beli..jawapan dia agak mengecewakan sb katanya siri tu cuma akan dijual di pesta buku je..kecewa beb..sangat kecewa bagi aku yang memang suka siri ABE ni..bagi aku ni adalah karya terhebat kartunis malaysia..satu2nya karya yang mampu duduk sebaris dengan siri ni adalah Aku Budak Minang..




balik pada MOY tadi,aku tanya dia lagi ada x cara lain yang boleh aku dapatkan selain kat pesta buku sb paling dekat pihak MOY cakap dorang akan ke pesta buku di Melaka..agak susah untuk aku pegi..dan jawapan dari dorang sangat mengembirakan aku..huahahaha




dorang mintak fon number aku dan katanya akan sms aku step untuk buat wang pos tuk beli siri ABE ni..dia akan tolong pos kan kat aku..hepi..hepi..hepi beb..




pada generasi sekarang..aku rasa dan aku cadangkan korang cuba la cari karya-karya kartunis mcm Ujang,Aie,Gayour,Bawang,Sireh,Ubi, Tembakau..cuba hayati karya2 dorang mcm Aku Budak Minang dari Ujang, ABE dari Ujang + Aie, Blues Untuk Aku dari Aie, Aku dan Sesuatu dari Aie, Bersama-selamanya dari Gayour, Selangkah ke alam misteri dari Bawang, Student Life dari Sireh, Aku dia dan Wolksvagen dari Ubi dan Kartini dari Tembakau..percayalah,korang akan belajar sesuatu dari karya2 dorang..dorang bukan setakat menulis atau melukis untuk suka2..tapi ada sesuatu dalam karya dorang tu..




lupakan sekejap Naruto,Bleach,OnePiece tu..kamon la..zaman aku dulu aku kumpul jugak Dragon Ball dan Dragon Quest..siap ada Shin Chan ngan Chibi Maruku lg..tp tu x menghalang aku tuk support karya2 malaysia..




mereka tetap yang terbaik.

3 ulasan:

CGG berkata...

harap2 pas kawen nanti masih berjiwa seni:)

vampire's lovex berkata...

dapat komik free tak kalau pergi...hooooo..

ehh lukisan tepi2 ni ko ke lukis??? style..

si kosong berkata...

aah...aku yg lukis.